Tau Tak?: Interview dan Mock Teaching (Part 2)





Salam everyone!

Ok dalam entry ni aku dah cerita pasal macam mana aku jadi cikgu dekat sekolah international, despite aku tak graduate  dari mana-mana sekolah perguruan kan? Jadi, post ni tentang interview and mock teaching.  

Usai aku mohon application  dekat JobStreet aku dapat panggilan temuduga. Dan bila kau nak jadi cikgu dekat sekolah swasta, biasanya diorang akan suruh buat mock teaching atau bahasa senang acah-acah mengajar laaaa....

Ni contoh invitation dari sekolah dan maklumat untuk acah-acah mengajar :)



Okay aku dengan semangat wajanya pon...buat la preparation. Tapi masa tu aku rasa malas nk buat power point, aku nak guna papan putih je. So, aku masuk sekolah terus jumpa HR dan diorang bawak aku pi jumpa Head of Academic. Dia pon tanya la aku, sekarang buat apa? Pernah dengar tak IGCSE? Aku rasa lucky gila sebab aku ade seorang student yang memang sekolah international dan akan ambil IGCSE. So aku memang dah tahu yang soalan BM IGCSE memang kacang gilaaaa nak mateyyy. Serius wehhhh, senang sangat.


TAPI....HOD tu cakap yang walaupun senang, budak sekolah tu still tak boleh catch-up dan diorang tak nak student terbiasa dengan senang. So, diorang naik kan standard dalam kelas macam student sekolah kebangsaan. Ada pros and cons. Takpe...moving forward, aku di bawa ke dalam satu bilik tutorial dan mulakan mock teaching aku. 

Seriously, masa ni memang nervous gilerrr weh...sebab aku kena acah-acah ada student depan aku..padahal ada 2 HOD. Aku rasa kalau ada student gelabah tek jugak aku. Nasib baik tak da. Lepas habis je, diorang suh aku duduk dan tanya la aku soalan. Sebabkan aku banyak publish paper masa aku masters dulu, diorang tanya kenapa nak jadi cikgu. Aku pun cerita la macam yang dalam part 1 tu kan. (Pi bacaaaaa!!) Sorang HOD neh tanya aku tau tak apa itu active learning. Aku cakap tak tahu, tapi ikut logik aku masa tu, macam pembelajaran dua hala la. Budak tak pasif dan sentiasa aktif dalam kelas. Masa ni aku dah rasa down sebab aku tak boleh nak jawab soalan dia. Lastly, diorang tanya aku ada soalan tak? Aku cakap la berapa percent aku boleh dapat keje ni. Desperate sangatttt! hahahahha..Eh! Kesah plak aku! Diorang cakap diorang masih review lagi candidate lain. 

Abis nya, aku pon balik dan text WhatApps family aku, aku cakap tough la ape la. Sebab aku down! Bapak aku pon cakap, KALAU REZEKI TAK KEMANA..Selang seminggu macam tu, aku dapat panggilan aku dapat. Alhamdulilahhhh..

So....

Apa yang perlu korang buat sebelum dan semasa mock teaching?

  1. Study subjek
  2. Buat practise depan cermin dan depan orang yang boleh bagi kritikan membina.
  3. Cakap sorang, konon-konon ko tengah mengajar, aku buat dalam kereta ok!
  4. Kau buat-buat tanya dengan penemuduga tu soalan dan tanya depa faham ke tak? Kalau faham, suh terangkan.
  5. Be positive always! Buat lawak sikit dan jangan nampak gementar. Ko persetankan bisikan ablasa yang bagi ko nervous masa present.
  6. Banyakkan doa dan selawat.
OK! Untuk next entry aku akan ceritakan apa yang ajaibnya lepas aku dah habis contract dengan sekolah ni. Ini tips/nasihat yang applicable untuk semua orang yang masih mencari kerja. So, stay tuned hoccaaayyyyy!!!

XOXO




























12 comments:

  1. Salam sis. nk tnya masa kita mock teaching tu kita kena prepare any material ke mcm buku ke nota kita ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita prepare material lebih baik. Kita kena bayangkan kita tengah mengajar kelas.

      Delete
    2. Salam sis nk tny, sekarang ada buka lagi ke program yg dekat giatmara tu?? Klu ada, mcm mn nk apply?

      Delete
    3. Masih buka. Cuba call Giatmara di KL. Sebaiknya apply setiap awal tahun :)

      Delete
  2. Salam sis. Mcm sy kena mock teaching bm form 1 and year 1. Sy cari syllabus tk jumpa. Boleh tk sis share skit apa topik yg enjoy and senang untk sy ajar kalo ikut syllabus bm untk international school. And sekarang ni sis still ajar malay languange?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk form 1 ada banyak material boleh pakai dekat kedai buku. Kalau year 1 International kena cari di MPH.

      Sebenarnya, syllabus BM internationla sangat mudah. UPSR lagi susah. Kerana soalan IGCSE tu sangat basic. Tapi sy ajar ikut syllabus yang national school. Tapi saya permudahkan di dalam kelas.

      Ya saya masih mengajar BM di sekolah international. :)

      Delete
  3. salam syahirah...nak tanya apa nama program/skim yang dekat giat mara tue.i nak call giat mara and ask them..tq syahirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti kalau ade lagi ke tak program MPAK tu. Cuba tanya Giatmara berdekatan area KL sahaja tau

      Delete
  4. salam sis nak tanya , if mock teaching untuk guru maahad macam mana ya ??

    ReplyDelete
  5. nice sharing..sy bakal ke temuduga pensyarah n disuruh prepare utk mock teaching..doakan saya..thanks for sharing ur tips here

    ReplyDelete