REVIEW: Best ke bercuti di Swiss-Garden Damai Laut??

Assalamualaikum orang!

Tempoh hari aku pergi bercuti-cuti Malaysia di Lumut, Perak. Alkisahnya, mak aku kan dah pencen boleh rujuk post ni jadi bos dia telah memberi voucher percutian sebanyak.....RM2500. Ala, kalau korang ada public bank kan, hotel ni dia link la dengan public bank. So, sesapa yang ada account bank public sila angkat ketiak!! Pandang sinis kat aku la kan engkorang..sebab, outdated sangat aku..wahahhaha...Eh ada aku kisah? why bother3X. Ok sudah.

Jadinya aku bercuti selama 3 hari 2 malam ya. Dan bagi aku  hotel ni kalau untuk release stress ke atau nak lari dari masalah, boleh la ke sini. Sebabnyaaaa tempat ni jauh wehhh. Dia memang ujung bawah peta Perak tu kan..kalau kau dari pantai hotel ni, depan ko Pulau Pangkor. Siyessss (sambil mengetap gigi) dekat.

Jadi marilah kita layankan gambar ye. Banyak menulis, pon menyebabkan pengunjung blog ini bosan jua.


 On the wayyyyy....


 Sampai dah depan reception. Marilah check in hotelllll (sambil sentilkan lidah)

 Lobby ye kawan-kawan..antik angattt..Oh ye! itu bukan family aku

 Lorong Haji Taib...eh! Ini hallway ke bilik!

 Ini ialah balcony bilik yang mengadap swimming pool. Ce teka ce teka bilik kita mana?

 Swimming pool...besar sebenarnya..tapi sneak peak la kita bagi :)

 Masa ni dah nak senja..jadi sunset la gamba nya

 Hari kedua, swimming pool uoolsss...Besaq kan?

 On the way ke pantai. Banyak aktiviti boleh buat, main ATV, archery, duduk saja pon boleh.

 Pantai that way guysss..

 Registration house untuk aktiviti beribadat  ibadahhh, sukan kan satu ibadah

 Sape tuewwww? Depan tu Pulau Pangkor ye

 Ini spa, aku buat facial sajork, rm200 plus GST la..tak pe orang sponsor. Layan. Nak kata best sangat tu tak dela tapi kau boleh tertido time orang gosok muka ko.

 Spa depan


Homaiiiigod! Senarai harga dan perkhidamatan


Dan malam tu kami pergi mencari restoran seafood. Kerana kau dibesarkan di bandar dengan segala benda mahal, pastilah ko ingin mencari restoran seafood Melayu Islam untuk menikmati makanan laut lazat dan ummmm....ok sudah..

 Okay, frankly, ini first time ye, saya makan pulut mangga. Dapppp! Pulut dia kalau cicah santan tu sahaja sedap bak hang!Mangga dia masam-masam manis. Cocok sekali!!





Sorry itu sahaja dapat snap. Padahal ada beberapa jenis lagi makanan laut seperti butter prawn, sup daging- makanan laut ke? Ikan siakap stim lemon. Tapi sedap memasing macam tak nak lepaskan pinggan di hadapan, maka, aku snap mana yang depan aku sajork! Now! mana nak makan sedaq sedaq ni?

 Tadaaaaa....Must. Cari. This. Kedai! Ada fb lagi ko! Eh memang totally worth it. Kau tahu banyak benar makanan yang dimakan dalam portion yang besaq. Kami bayar Rm 285 sajork! Eh betul la! 3 ekor ikan, dengan banyak giler lauk lain untuk 7 orang dewasa yang memiliki pinggang 35 inchi keatas. Eh?

Ouh lupa nak bagitahu, kalau korang pakai voucher ini, hanya kena pilih bilik yang rm600++ sahaja dan breakfast tak masuk hokay. But fret not, breakfast bayar rm 10 je sekepala dan ko menikmati breakfast like a king (buffet style la!)

Ouh lupa nak cerita, sebabkan tempat ni sangat jauh, pihak hotel telah baik hati membuat aktiviti setiap hari untuk merawat kebosanan.. dan ini aktiviti aku pilih, tebar roti canai youu olsss!! Mencabar sangat!! (Mata ke bahu, tangan ke atas, eh?)

Lighting tak cukup. Ok la tueww...

Ok dah habisssss..so rating ak bagi 2.5 bintang sahaja la. Atas beberapa faktor antaranya kebersihan bilik air first time pakai, keberkesanan housekeeping membersihkan bilik, kepamaman selimut bilik aku. Overall pasal hygine la ye. Sebab aku memang agak particular sikit kalau dekat hotel, sebab bilik tu berkongsi dengan ramaaaiii orang yang kita tak tahu latar belakang dan kerbersihan diri. Ok sudah


Bye!


                                XOXO

9 comments:

  1. Hi, berminat untuk bercuti di Swiss Garden? Sy staff Swiss Garden Residences KL (HQ) . Skrg ni kami ade buat promotion hotel2 Swiss Garden. Kalau sudi dgr promotion kami. Swiss Garden Bagi 3D2N Complimentary Accomodation either Swiss garden Kuantan Or Damai Laut. Berminat boleh call/WhatsApp,

    Azam 0148174706
    Saya aadalah staff, bkn agent!

    ReplyDelete
  2. Hi, berminat untuk bercuti di Swiss Garden? Sy staff Swiss Garden Residences KL (HQ) . Skrg ni kami ade buat promotion hotel2 Swiss Garden. Kalau sudi dgr promotion kami. Swiss Garden Bagi 3D2N Complimentary Accomodation either Swiss garden Kuantan Or Damai Laut. Berminat boleh call/WhatsApp,

    Azam 0148174706
    Saya aadalah staff, bkn agent!

    ReplyDelete
  3. assalam..
    encik azam azrae masih lg staff di swiss garden ke?

    ReplyDelete
  4. assalam..
    encik azam azrae masih lg staff di swiss garden ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada voucher CASH RM550 Swiss garden damai laut sape nak beli sekeping aku jual rm150

      Delete