Tau Tak??: Macam mana nak beli Macbook/iMac/iPhone/iPad dari Apple store??

Assalamualaikummmmmm....orang!

Sibuk betul lately, tak sempat nak hapdet post baru. Jadi merujuk pada tajuk di atas tahulah anda yang entri ini tentang pembelian macbook secara online. Oleh kerana diriku begitu berharga, jadi tak perlulah nak ke Mac City, mahupun Machines untuk membeli secara walk in.

Semua orang tahu barangan Apple ni mahal tetapi berkualiti, waima kalau kau nak format pon kena sediakan at least rm 500. (kalau ke Machines la..ok hang pikir dulu nak teruskan baca or tak). Tapi korang tahu tak korang boleh dapatkan dengan harga yang sedikit murah dan dibeli secara customized?

Sebagai pembeli online tegar, boleh dikatakan aku memang lebih suka membeli dalam talian berbanding ke sopim mol. OK! tanpa berlengah lagi, marilah kita, melihat rajah di bawah tentang pembelian barangan Apple secara online.


Sebelum itu, tandakan checklist dibawah:


1. Ada apple Id tak?
2. Ada kad visa debit or credit? (any BANK will do)
3. Sudah tahu jenis yang ingin dibeli?
4. Credit/Debit limit (check dengan Bank)

Mula2 TEKAN SINI



Pastikan korang ada nampak Apple Store for Education, kalau tak nampak perkataan nimaksudnya korang masuk web yang bukan untuk education. Jangan risau kalau korang bukan student, sebab masa penghantaran, dia tak kan suh korang tunjuk ID student. (ok lap peluh..)


Nampak tak permainan dia kat situ, sebab range harga sangat jauh berbeza la, aku suruh korang masuk web link kat atas. Percayalah, korang akan hargai beza RM 371 tu nanti. Select yang harga murah tu, contoh kat sini, aku ambik MacBook Pro. Lepas tu....



Dekat sini korang boleh la customize korang nak MacBook tu sampai nanti ada semua yang korang nak. Jadi tak perlulah ke kedai nak tambah Ram dan sebagainya. Ohh! aksesori pon boleh purchase sekali, macam aku, Mini DisplayPort to VGA Adapter tu paling penting kalau nak buat presentation, jadi aku perlukan nya. Kalau laptop biasa mesti dah ada, tapi Apple ni spesial dia kemainnnnn!





Confirm kan order korang betul tak semuanya pastu....





Dah sudah? Kalau sudah, confirm purchase dengan sign in ID apple korang. Step ni kalau korang buat awal2 masa log in web ni, lebih baik la...aku lupa! Heeeeee


Then,


Get ready nak checkout dengan duit dalam bank. Untuk Visa debit atau kredit, masukkan nombor kad korang diikuti 3 nombor sekuriti belakang kad bank ye. Lepas dah selesai semua, Apple akan hanta PO dekat email korang dan akan notify estimate delivery time. Untuk yang customized, ambil masa dalam 5 hari bekerja. Macam aku, ak beli malam Isnin, dan dapat Sabtu minggu tu jugak. Courier yang bertanggungjawab deliver biasanya, DHL atau UPS.

Paling bestnye, Apple akan notify korang dekat email dan juga handphone. Step pembelian ini boleh digunakan untuk semua barangan Apple. Harga dah masuk GST habaq hang, nasib aku beli sebelum GST. Ok! selamat membeli. Next entry aku akan review MacBook Pro ni dengan laptop Asus lama aku.


ok bye!

xoxo







10 comments:

  1. Salam, tq fr the info! :) cuma ada soalan, if kita beli online macam ni kan, after sales service dia macam mana ye? Contohnya after 6 months guna, then ada problem, saya boleh pergi mana2 nearest outlet machines or still kena berurusan secara online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Fara Hanis for late reply. Yes! terus hanta pada authorized apple dealer. Macam Machine, sebab dia boleh detect dr apple id kita and lepas purchase dr web, seminggu lepas tu dia bagi pelekat SIRIM post pada kita. Don't worry :)

      Delete
  2. hai mcm mana nak daftar apple id . sebab sy try tak dpt daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii...sorry lambat reply..you boleh p apple website and register dekat situ :)

      Delete
  3. Hai,
    Bahagian contact info tu, nombor telefon kita kena letak macam mana? 601234567 atau 01234567? Kena letak simbol + tak dekat depan? Saya cuba letak simbol, dia hanya detect nombor sahaja.

    ReplyDelete
  4. Hi, untuk pembelian di website Apple ada pilihan utk bayar secara installment tak? Sdg berfikir nk beli di website Apple saja sbb boleh customize ikut suka hati

    ReplyDelete
  5. Bila nk masukkan alamat tu kenapa kena ada zip code? Zip code kan postcode untuk us je

    ReplyDelete
  6. hi nak tnya , mmg kalau beli ipad online apple akan return balik eh duit sebelum dapat barang?

    ReplyDelete
  7. Hai, nak tanya, Apple memang akan guna courier DHL ke untuk penghantaran?

    ReplyDelete