Hari ni jenuh lah aku pi carik merata epal cuka jenama Braggs ni. Aku pi Caring tak ade, aku pi Coway, tak ade. Eh asal aku carik benda ni?? Ha, mari la aku nak bercerita bahawasanya, epal cuka ini sangat baik untuk badan, terutama sekali pada yang tengah diet macam aku ni. Untuk makluman aku turun berat badan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan lebih. Tambahan pula, epal cuka ini makanan sunnah :)
Berbanding sekarang ni, aku buat senaman, body plank, treadmill bagai, aku turun 10 kg dalam masa sebulan setengah. Jadi, suka aku tekan kan yang, kalau ko nak diet, dan dapat hasil penurunan yang mantap, haruslah kau bersenam dan jaga pemakanan. Baru la hasil dia terbaikkk.
Okay, lepas sebulan aku amalkan diet atkins, aku jupe satu instagram nama eh, Ayuni_chocolate tak silap aku la..korang pi usha sana. Dia berjaya turunkan berat daripada 80kg ++ ke 40kg ++ dalam masa 8 bulan ke setahun macam tu. Die bukan pengamal atkins, dia jaga betul2 makan dan workout, ala2 Kevin Zahri punya stail. So, aku sejenis tidak berpendirian dan godaan kiri kanan kau yang menyesak kan perot, beralih ke diet Kevin Zahri. Aku ambil karbo lebih sikit daripada saranan atkins (20g sehari-INDUCTION).
Harus diingatkan, makan malam sebelum pukul 8 malam, dan tidur secukupnya la. Air aku minum dan sukat guna botol mineral yang 600 ml tu ak minum dalam 5-6 botol sehari. Tengok2 jugak air kencing kau, kalau dah kunen pekat tu, minum la air banyak.
Dan apekah hasilnya, berat aku masih mengalami penurunan walau aku dah start makan carbo lebih dari biasa. Tapi, kalau korang tak workout tak jalan jugak ok. And satu lagi, pastikan kalau korang dari PHASE INDUCTION atkins diet, jangan la kau bantai banyak giler carbo dalam satu hari, macam balas dendan tak kesudahan pulak. Korang ambil la sikit2, dan make sure kalau perot masih kenyang, tak payah la gatal, rasa nak mengunyah sesuatu.
Kalau kau dah melantak sandwich subway tengah hari, dan selang sejam kau rasa nak makan benda manis, dengar perot kau bunyik tak? kalau tak, tak yah la makan. PAHAM??
Eh! Aku tak bebel pasal epal cuka pon!! Okay, epal cuka ni aku amalkan selepas bangun tido, aku minum 2 sudu epal cuka jenama BRAGGS dengan air sejuk2 suam sikit sebanyak 200ml ke 300 ml dan sebelum tido pon sama. Masa waktu pagi tu, lepas sejam ko minum, ambik la breakfast kau, kang ko rasa sensasi kelaparan pulak.
RASA? Rasa dia mula aku rasa, aku tak nak minum lagi, sebab too acidic!
Okay next entri aku bagitahu ape regime workout yang aku salu buat dan aku yakin korang pon boleh lakukan nye ( kibas tudung)
No comments:
Post a Comment