Tau Tak?: 7 Tips Dapat Kerja (Part 3)


Salam everyone!

Dalam entry ini dan ini, aku ada cerita pasal aku dapat kerja jadi cikgu dekat sekolah kan. Sila pi jenguk entry tersebut you alllsss!! 

Lepas aku abis kontrak dengan sekolah N tahun lepas (2017), aku pun mula cari kerja dekat sekolah baru. Aku tak dioffer any tawaran sebab tak ada available vacancy. Semua cikgu yang cuti bersalin dah datang semula. Maka, aku mengundurkan diri. Masa tu aku rasa yang CV aku dah kuat untuk cari kerja sebagai cikgu, ditambah pulak aku dah tau teknik mengajar yang betul.

So, aku apply banyak sekolah dekat JobStreet. Dari bulan Ogos tahun lepas sampai la bulan Feb 2018. Boleh katakan aku mohon je mana-mana kekosongan walau subjek yang aku tak pernah mengajar. Kita tak tau kan rezeki tu Allah yang punya.

Aku tunggu dan tunggu....tapi satu jawapan pon tak dek. Aku dah mula gelabah tek dah. Usia makin meningkat, career tak start-start. Aku pikir balik apa yang aku kurang, apa yang aku kena buat. Sampai la satu hari tu, aku terdetik nak buat solat dhuha. Aku buat 2 rakaat, dan aku baca doa dhuha, diiringi audio UNIC. Masa aku ikut baca tu, aku rasa sebak sangat. Jauhhhhnya aku dari Allah, aku solat kengkadang sengaja lambat-lambatkan, sebab nak main instagram la, tengok tv la, macam-macam. Aku konsisten solat dhuha dari  pertengahan bulan Januari. 

Lepas tu, setiap kali aku habis dhuha, aku sambung baca Al- Waqiah. Aku baca konsisten everydayyyy. Masuk waktu solat aku sedaya upaya, percepatkan nak solat. Aku cuba nak perbaiki hubungan aku dengan Pencipta. Sebab aku LALAI...

Dalam pada tu, aku setiap hari tak pernah  miss  bukak JobStreet. Ada je iklan jawatan kosong aku apply. Aku bukan apply directly thru JobStreet je, aku carik emel HR dia dan hanta cover letter and CV aku. Every single time without missGigih kan. Kengkadang few times aku hantar ke emel HR sekolah

Sampai la satu hari dalam penghujung Jan 2018, aku dapat call dari sekolah swasta C. Aku lambat angkat, jadi aku call balik no tu, HR dia panggil aku IV dan offer aku subject Humanities untuk primary. Masa tu aku tak cakap banyak terus setuju je bebbbb, walaauuuu aku tak tahu apoooo nak ngajar masa mock teaching. So,  diorang hanta emel, bagi tahu tajuk aku nak kena ajar: The Tudors.  Ni sejarah negara mana niii??? Serius aku tak tahu. Dan yang paling mengejutkan, aku memang selalu bukak JobStreet. Dan aku tahu yang sekolah C ni dah reject application, dia tulis not suitable. Lepas HR di call  aku, aku terus check balik JobStreet active applicationDireview  4 kali sebelum diorang call  aku!!

Nampak tak, kalau dah rezeki tak kemana!

Aku search Google pastu aku tanya member aku dari sekolah lama. Dia pon bagi la tips and apa yang aku boleh ceritakan. Dalam otak aku time tu aku mesti excel interview ni, no matter what!! Sampai la ari IV, aku tengok calon lain, semua ada pengalaman mengajar 4-5 tahun subjek yang sekolah tu suruh present. Maka nya, cuak la aku wehhh!! Dahla aku yang pertama sekali kena pi. Memula depa suh aku present  depan budak, last sekali, aku present  depan pengetua, naib pengetua dengan HOD dia. 

Aku rasa confident  weh, aku present secara santai, aku buat-buat tanya dekat interviewer  aku soalan, aku buat lawak sikit. Menjadi la! Habis je, depa ajak sembang la....tanya aku keje apa sekarang, bila boleh masuk, yada yada yada.

Lepas tu aku balik. Masa ni aku fikir, kalau tak dapat pon, aku rasa puas hati sebab memang aku present  yang terbaik setakat ni. 

So, petang tu, dalam pukul 5 macam tu, aku dapat  call  dari sekolah C yang aku dijemput untuk pi  second interview with The CHAIRMAN!!  teng...teng...teng....Wehhhh tak pernah ku sangka cempedak menjadi cempedak goreng makan waktu petang. Hahaha. Aku happily agreed!  Dan kali ni, bukan mock teaching  lagi, tapi lebih kepada formal interview.  Harus la korang tahu, bahawasanya, sesuatu syarikat itu berminat dengan kau kalau kau dijemput untuk temu duga kedua oleh orang atasan macam CEO, COO atau chairman. Ko kena lakukan yang terbaik!

Minggu berikutnya, hari isnin, aku IV dengan chairman dia. Basically, masa interview tu aku dah rasa aku dah dapat sebenarnya, unofficially. Sebab dari cara dia temuduga aku tu macam lebih nak bagitahu dia nak cikgu tu macam mana, keadaan sekolah tu, dia  share  teknologi baru sekolah tu. Something  yang kau tak kan dapat kalau pi untuk mock teaching


So dekat sini aku nak bagitahu TIPS untuk cari kerja dan cuba mengelak menjadi penganggur.

Pertama sekali, awal bulan ari tu aku accident yang bagi aku teruk jugak la..Hampir RM 10k nak betulkan kereta. Dengan kerja tak ada lagi masa tu. Bayangkan. (aku claim insurans la tapi......)

Tapi positif guys. Setiap satu kecelakaan itu pasti ada hikmahnya. 

Kedua, aku banyakkan solat dhuha, baca surah Al-Waqiah dan sebelum setiap kali nak p interview , aku akan solat hajat, mintak permudahkan. Wajib jangan lupa pulakkk...

Ketiga, USAHA. Usaha sebaiknya. Apply banyak kali post yang sama. Carik emel HR company  dan submit beberapa kali

Keempat, mintak tolong keramat hidup hangpa doakan. Doa depa insyaAllah makbul. Aku pernah suruh anak buah aku umur 5 tahun doakan. Aku cakap dia ikut, mana tau doa dia yang Allah makbulkan. Budak kecik kan tak ada dosa. Huhuhu

Kelima, sedekah. Wehhhh SubhanaAllah. POWER OF SEDEKAH. Aku jarang sedekah to be honest . Sebab aku fikir nanti aku tak cukup duit. Tapi aku silap. SEDEKAH tu menjauhi fakir. REZEKI bukan dekat duit je. Kesihatan, makan pakai, kelancaran hari dalam hidup, macam-macam lagi. 

Keenam...NAZAR. Bernazar la. Buat satu perjanjian dengan diri sendiri. Tapi jangan la bernazar benda yang kau tak boleh buat. Nazar dengan someting simple, macam puasa ke, nak sedekah certain amount of money pada fakir ke atau apa-apa je, yang penting mudah untuk kau tunaikan. 

Ketujuh, surah Yaasin. Dikatakan surah Yaasin ni jantung atau hati kepada Al-Quran, aku juga berpendapat begitu. Kalau korang baca, perasan tak ada 7 kali sebutan "mubin" dalam surah ni? "Mubin" ini maksudnya NYATA. Kawan aku pernah cakap kalau ada doa, boleh baca doa selepas, setiap kali sebutan "mubin". Satu lagi ayat 82 kalau tak silap, yang ada "kun fa ya kun" kan. Sebelum sebutan ni, korang doa dalam hati, dan sambung sebut  kun fa yakun. lepas tu habiskan baca surah. Korang jangan start baca dari ayat 82 pulak,  start la dari awal. Pleasekan Allah. Jangan malas...



Okay aku sambung sikit lagi....

Dalam satu minggu tu aku dapat 3 interview. Satu sekolah C, lps tu sekolah T, dan yang akhir sekali sekolah N, sekolah lama aku. Dan aku dapat dua offer : satu dari sekolah C dan satu lagi sekolah N. Yang mana aku pilih?? NEXT ENTRY laaa....

XOXO

Credit picture to owners. 












2 comments:

  1. Hi syerantomarcello. Mcm mn nk contact awk.nk tny pasal guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh emel saya :) kalau awak dpt msg ni tolong respond di sini. Nanti sy balas

      Delete