Untuk tag PATUT KE TAK siri yang pertama rasanya nak bagi yang sweet-sweet , manis-manis gituewww. Bersemut je rasa. Hahaha. Baiklah tanpa melengahkan masa marilah kita cekidout K-drama ni.
Kisah berlatar belakang kan sekolah sukan yang terdiri daripada remaja belasan tahun yang belajar dan training dalam skuad masing-masing. Tapi dalam cerita ni, ada 3 kumpulan sukan yang diberi keutamaan iaitu, angkat berat, berenang dan gimnastik.
Cerita bermula dengan Bok Joo, remaja perempuan yang sangat berbakat dalam acara angkat berat. Dia banyak memenangi pingat dalam kejuaraan dunia sekaligus antara atlet yang sangat berbakat. Dia ada 2 orang kawan baik yang sama juga menyertai skuad angkat berat. Tapi depa dua tu tak seterer Bok Joo la. Satu hari, Joon Hyung yang tengah naik basikal ni terlanggar la depa bertiga sedang depa sibuk makan sambil berjalan-jalan dekat kawasan universiti. Disebabkan kekacakan si Joon Hyung neh, Nan Hee member si Bok Joo neh nak mencia-ciakan si Joon Hyung and dia tanya "minat Messi tak?" gitueee pick-up line dia. Tapi Joon Hyung bo layan.
Satu insiden telah berlaku pada Bok Joo, Joon Hyung dan abang kepada Joon Hyung, Jae Yi. Wujud lah cinta segitiga yang sangat la sweet sumpah tak tipu sweet dia. Aku rasa tak perlu lah nak cerita panjang lebar. Sekarang ni PATUT KE TAK? nak tengok...
Dalam cerita ni, ada kisah persahabatan yang bila mana aku tengok, ia mengenang kembali momen masa aku belajar dulu. Masa member-member couple tapi tak tahu nak cakap macam mana dengan kita. Nak bagitahu ke tak bagitahu ke tak. Kang tak bagitahu, sentap pulak..Gitueee dilema dia masa tu. Persahabatan antara Bok Joo dan kawan-kawan dia 2 orang tu memang sangat realistik bagi aku. Ada satu scene yang kawan dia merajuk sebab tak bagitahu hal yang sebenar kenapa Bok Joo pi klinik kuruskan badan walhal dia atlet angakt berat. Nampak macam ringan je kan isu dia, tapi member beb, sekecik-kecik hal boleh jadi besar kalau tak bagitahu. Part tu real sampai aku pon menangis sama. Terkenang.
Pasangan kekasih muda yang selalu sweet sampai bersemut. Serius! Aku rasa awang-awangan bila screen time Bok Joo dan Joon Hyung neh. Kalau ada masalah je, depa terus terang dan tak ambil masa yang lama nak gado-gado cam bodo. Joon Hyung especially, bagi aku ialah boyfriend material. Dia punya romantik dan betapa dia sayang dengan awek dia yang buat kau rasa macam " Hoi!! aku nak laki aku macam neh woiii sampai tua!" which is memang TAK la kan. Huhuhu...
Semangat kesukanan dan hormati guru. Hoi kau tak kan sangka kau boleh menangsis sebab cikgu kau berhenti sebab songlap duit kelab. Cikgu yang kau percaya sampai tua yang dia tak kan buat macam tu. Kesetiaan dan kepercayaan kau lebur sampai kau tak nak teruskan apa yang kau dah bina selama ni. Gituuu sekali wehhh dia punya sedih tu. Kau tengok la nanti....
Plastic surgeon yang hensem hingga kau semangat ulang alik klinik dia sebab nak tengok muka dia dan berbual-bual tapi kurusnya tidak. Hrmmm...
Bapak yang loving. Aku sebenarnya tak tahu kenapa cerita ni dekat sangat dengan aku sampai aku menangis setiap kali scene yang menyentuh perasaan. Padahal benda tu biasa, tapi sebab real sangat yang kau rasa nak nangis sekali. Hubungan bapak dengan anak tak kan terpisah.
Lee Sung-Kyung. Dia adalah sebab kenapa aku nak tengok cerita ni. Tekan sini. Nam Joo Hyuk first lead drama tapi sangat natural. Dan pandangan mata dia pada Bok Joo sangat la cair ya. Serius.
Akhir sekali, drama ni lengkap dengan segala rencah dan rempah yang di adun dengan baik sekali. Aku tengok live show ya. Maka setiap minggu aku akan pasti kan aku tengok cerita ini dan tidak penah sekali aku lost interest. Nampak tak?
Maka PATUT KE TAK?
PATUT! 🌟🌟🌟🌟🌟
SWAG!
Credit pictures to owner 😘
No comments:
Post a Comment