ASSALAMUALAIKUM.....
Haiii...lamanya tak menulis. Maaf sangat. Ok! Marilah kita
straight forward saja pada topik kita pada hari ini "Tips Pergi Umrah'. Sekarang kan musim orang pergi umrah jadi pada yang mencari-cari info tentang ibadah di tempat paling Allah dan Nabi Muhammad sayang ini jom tengok dekat bawah:
1) Sebelum pergi umrah, dinasihat supaya kita kerap buat solat sunat taubat dan solat hajat. Ada satu ustaz ni masa aku pergi kursus umrah dia cakap ada 3 golongan yang Allah jemput untuk ke rumah Dia iaitu orang yang paling dia sayang yang tak pernah tinggal kan solat dan mengikut ajaran Rasullah. Yang kedua yang paling banyak buat dosa. Ha! Macam mana tu? Manusia yang suka membuat kerosakan dan dosa pada Allah. Yang terakhir, golongan manusia yang tak memberi apa-apa makna pun kalau dia pergi (Wahuallam). Jadi kita nak jatuh dekat golongan yang mana?
2) Bawak buku panduan solat sunat ye kawan-kawan. Senang nak iktikaf dekat masjid. Tak kan kau nak tidur sementara masuk waktu. Tabiat tak elok dekat Malaysia tu cuba tinggalkan dan bina tabiat lebih positif yaaaa....Al quran nak bawak tak? Tak payah. kau baca Al quran dekat masjid, pahala dapat, orang yang wakafkan pon dapat pahala.
3) Kalau yang dari KL ke Madinah terus tu, sampai je hotel, terus la rehat sebab apa? sebab kita nak banyak kan buat solat neh. Kalau hotel jauh dari masjid Nabawi dan masa musim sejuk, dinasihatkan
prepare la mental dan fizikal. Aku pergi ujung bulan satu ye. Sejuk dia bukan main. Demam 2 hari okay! [Madinah
rewards: 1000 times, Mekah:
100,000 times]
Depan Kaabah. Subhanallah. First umrah
Masjid Nabawi
4) Ini untuk jemaah perempuan, sebab aku tak tahu jemaah lelaki macam mana keadaan dia. DATANG AWAL. Serius wehhh. Kau cop la tempat nak solat. Kemudian kau kena bersedia untuk lebih tabah dan sabar. Akan datang satu golongan yang datang lewat dan MENYELIT di celah saf. Ada tu dia nak solat depan kau pun ada. Jadi apa yang kau kena buat? Kalau ada ruang silakan beri. Tapi kalau dah sempit sampai kau nk tahiyat akhir pun susah maka nya... cakap la NO! Mereka akan pandang sinis la
for sure tapi sapa suruh datang lambat?
Boleh try makan Al-Baik. Sedap jugak. Kat sini, semua large portion. Kenyang
5) RAWDAH. Allahu akbar. Agak perit sikit pengalaman nak ke Rawdah ni. Ini jemaah perempuan eh, lelaki 24 jam boleh solat dekat Rawdah. Huhu. Sebelum tu, tau tak Rawdah tu apa? Ha! Rawdah tu taman syurga yang antara yang akan di angkat di syurga nanti selain jabal uhud. Dekat sini insyaAllah doa mustajab. Tapi dinasihatkan pergi la secara berkumpulan, sebab nak masuk sesak, nak keluar pun sesak. Nak solat tenang agak sukar kalau tak ada orang nak kepungkan. Makanya pergi la secara beramai-ramai. jadi solat lebih selesa dekat makam Nabi Muhammad s.a.w. Rindu pulak momen-momen ni.
Depan Jabal Rahmah. Antara tempat mustajab untuk berdoa. jodoh...hehehe
6)
Favorite question! Ambil pil tak
injection ke untuk
period? Jawapannya mestilah TAK! Sebab apa weh? Sebabnya ada 2, satu ustaz masa kursus bagitahu kalau boleh tak payah la amek sebarang pil ke apa ke untuk memperlahankan atau mempercepatkan haid. Kita tak tau masa depan kesannya pada kita dan bertawakal la pada Allah. Aku buat researchkan dari pembacaan, 5% sahaja yang berjaya dengan pil
and injection yang lain semua, tetiba banyak darah la, haid lambat sebulan dua la..Seramm laaa. Sebab kedua, aku takut disebabkan lambat atau cepat haid, disebabkan pengambilan pil dan ubat-ubatan neh akan menyebabkan istihadah. Makanya nanti menganggu solat.
Jadi nak dijadikan cerita aku period 2 hari sebelum nak ke Mekah. Aduhaii.. Masa tu aku rasa nak nanges tau. Jadi aku baca macam mana nak mempercepatkan darah haid aku neh kering. Aku search minum coca cola la, minum jus nenas la macam macam yang aku rasa aku tak berani nak buat. Apa aku buat ialah
first sekali, doa, doa banyak-banyak, selawat banyak-banyak, mintak dekat Allah. Lepas tu, aku minum jus oren fresh harga 5 riyal setiap hari. Korang boleh beli dekat mana-mana kedai yang jual, tapi aku beli dekat kedai dekat hotel Dar Al Naeem. Kedai neh memang feveret aku la. Dia punya kebab murah and sedap pastu,
half broast chicken dia
superb! Seterusnya, banyak kan berjalan.
Periodkan? Pergi shopping, cuci-cuci mata gitewww. Yang keempat, aku banyak makan kurma nabi, 7 biji pagi, 7 biji malam.
Last sekali banyak kan minum air masak. Aku biasa haid 7-8hari, tapi masa tu aku kering dalam 4 hari macam tu. Subhanallah.
Singgah makan di sini sebelum nak ke Mekah, selepas berniat ihram. Macam R&R la.
7) Tanya
travel agent and research hotel yang nak duduk tu jauh tak dari masjid. Ini
apply for both di Madinah dan Mekah. Senang korang dah tau, boleh la bajet-bajet kan, nak pergi solat pukul berapa semua.
8) Jarak waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak subhanallah sangat dekat. Maka nya ini la masa nak buat amal ibadat. Jangan main
phone, buat
insta story la. Shopping time masa lepas Subuh boleh, dan selepas Isyak. Dekat sana, masuk je waktu, semua kedai tutup. Sapa tak tutup kedai kena saman. Ha!
9) Tak lengkap la kalau setiap kali balik masjid, tak singgah beli aiskrim. Beli la. Memang
best!
10) Sedekah banyak-banyak dan jangan buruk sangka dekat Allah. Mintak tolong pada Dia kalau kita dilanda musibah. Memang
miracle bila kita dalam kesusahan lepas tu kita berdoa, Allah terus tolong kita. Berdoa banyak-banyak dekat tempat mustajab berdoa, Ulang banyak kali dengan penuh tawaduk. Antara tempat mustajab doa, Jabal Uhud, jabal Rahmah, Multazam, pancur emas, Hijir Ismail. Google sendiri eh. Satu lagi masa dekat Mekah, banyak kan buat tawaf sunat tau. kalau ade kesempatan buat banyak kali umrah pun tak pa.
11) Ok! Ini bukan la nak mengutuk ke apa ke eh. Tapi tolong bersabar kalau berurusan dengan orang Arab. Depa ni ialah golongan yang tak pandai beratur, tak boleh nak sabar, dan sangat-sangat diutamakan. Bayangkan eh, kita dah beratur nak membeli, dia boleh potong que kita dan yang paling sadis orang kedai tu pon membenarkan nya. Sekali dua tak pa lagi, ini setiap kali. SETIAP KALI. Dan pulak dah samapi turn kita nak mengorder, dan bila mana pekedai tu nampak orang Arab dekat belakang kita, automatically kau tunggu la dulu sebab dia nak amek order pak Arab ke mak Arab belakang kita tu. Sedih..sedih. Dugaan tu, bak kata adik aku, bila dah sampai tempat Allah sayang ni, dugaan tu mengajar dan muhasabah la dari itu. Sekian entry aku. Dah nak balik Malaysia, jangan lupa tawaf wida' eh.
Sebelum tawaf wida'
12) Yang terakhir sekali. Silalah donlod aplikasi Uber. Senang nak berniat ihram ke, nak pergi jalan-jalan rumah kawan-kawan dekat sana ke. Sebab apa? Sebab Uber murah, teksi mahal dan kadang-kadang boleh kena tipu jua. Hati-hati.
Di
airport Jeddah. Nak balik dah.
XOXO. Jumpa lagi!