SPM- tak tentukan masa depan pon!

Baru-baru ni, result SPM dah keluarkan?

So, hows ya result? Ok? Ke Ko? Walau ape pon result anda, x payah la risau. Sebab SPM tak menentukan masa depan pon! 

Ok adik-adik, SPM ni ibarat macam tiket untuk ko sambung Universiti, kolej atau politeknik saje. Selagi ko dapat banyak kredit untuk subjek yang ko ambil, ko tak perlu risau untuk masuk mana-mana institusi pengajian lebih tinggi. 

Ok, mari kita lihat option atau pilihan yang korang ada untuk terus berjaya. InsyaAllah 😊


Lepas SPM:

Tingkatan 6 a.k.a STPM 
👣2 tahun
👣STPM subjek die sangat-sangat susah
Mengikut pengalaman aku yang ambil Ting. 6, aku mampu bertahan sehingga sebulan SAHAJA. Sadis bukan? Orang yang kuat semangat shj dibenarkan masuk Ting. 6. Yang lain scroll bawah 👇

Fast track a.k.a jalan shortcut
👣Subjek SPM yang diambil SEMUAnye straight A
👣Pelajar tip top dalam kelas n sekolah mahupun daerah atau negeri
👣Terus ambil ijazah sarjana muda biasanya 5 tahun
👣Jimat usia muda 

Matrikulasi a.k.a Asasi/ Foundation
👣Biasanya result SPM dalam 5A keatas TAPi bergantung juga pada rezeki pada yg dpt 6A dan 5A and subjek kritikal mcm add math, bio, fizik ke kimia ke mesti A la
👣Setahun hingga 2 tahun pengajian dan terus sambung ijazah sarjana muda
Harus berhati-hati dan stay focus pada masa ini kalau tak nak sambung ijazah kos LELONG* pulak 🙊
👣Untuk Foundation pula biasanya juga budak straight A, sbb ini ialah program asas atau persediaan sebelum mengikuti program ke luar negara untuk sambung ijazah sarjana muda.

Last sekali

Diploma/Politeknik (3 tahun)
👣Result mesti kredit untuk syarat kelayakan
👣Kredit maksudye result mesti at least C
👣Lepas Diploma boleh terus kerja kalau nak, atau sambung ijazah sarjana muda
👣Biasanya belajar basic sikit mcm masa sekolah dulu dan akan mendalam untuk setiap kuliah yang diambil
👣Sebaiknya cuba apply UA (Universiti Awam) dulu, sebab kos murah dan lebih dikenali. Ok?

So, pilih dengan bijak untuk masa depan anda. Nak tanya soalan boleh leave comment below ok? 

Good luck

Bye!















No comments:

Post a Comment