TraveLogue: Australia Aku Datang (Part 1)

Salam everyone!!

Ok, I just came back from Melbourne and the trip is lit af! Weh pe jadah speaking wehhhh...Hahaha..Ok2 nak bagitahu itinerary dan juga tempat yang aku lawati sepanjang berada di sana. Walau ada tekanan masa mula-mula nak pergi dan nak balik. Nanti aku cerita detail ehhh..

#sape2 nak itinerary dalam bentuk jadual, sila komen di bawah yeeee


*cue music* Let's get a starteddd in herreeeee.... 

Flight aku pukul 9.25 pagi pada hari Sabtu, 17 Mac 2018. So, malam tu aku baru nak packing2 baju sebab aku baru je dapat confirmation ticket  dari ejen yang menguruskan segalanyalah dari tempat tinggal ke penerbangan *sepatutnya πŸ˜•* tapi sebab kan dia sangaaaattttt lembab aku dan family dapat tiket tu pagi Jumaat wehhhh...gila tak. 

Lepas dah packing2 tu semua, aku tak boleh nak tido, satu sebab aku rasa excited keduanya, aku plan nak tido dalam flight je nanti. Sebab kitaorang sampai Melbourne malam, so ape je nak buat pon kannnn?

So, esok pagi dalam pukul 5 pagi macam tu, ada transporter ambik dari rumah bawak ke airport. Sampai airport, check in semua, lepak minum kopi dulu and solat. 

Aku terserempak dengan bekas student aku dekat airport, dia nak pi Shanghai. Mak dia siap cakap anak dia memang nak carik aku. Sebab last class  ari tu aku cakap, flight aku pagi, mana tahu terjumpa nanti. Tak zaaangkkaa jumpa. Malu-malu dia.

Lepas dah settle semua, nak masuk dalam kapal dah...dan bermula laaaa pengembaraaan aku di bumi Melbourne. 

Dalam kapal terbang boleh buat ape je beb? Aku mostly berjaga jugak, sempat tengok 2 movies and selebihnya aku tido. Penerbangan dalam 7 jam 50 minit macam tu...


Murder on the Orient Express


-----------------------------------------------------------------------------------------

Sampai je dekat Tullmarine Airport, Melbourne. Kami disambut oleh ejen yang tinggal di sana dan di bawa makan malam di Ummah restaurant. Basically, makanan Thai yang agak sedap jugak. tapi portion dia mak aiiihh besaqqq. Aku tak habis pon, sebab atas kapal terbang sebelum mendarat dah makan ciken pai. gitewww....



Restoran Ummah
Lepas tu pi check in  dekat Hume Villa Motor Inn. Nanti seken part aku tunjuk gambaqq. 

Ok sambung part 2 nanti naaaaa...

toodlesss..


XOXO

*credit pics of the word Melbourne to the respective owner





Patut Ke Tak?: Queen for Seven Days (7일의 μ™•λΉ„)





Salam everyone!!

Ok, untuk post  kali ini, aku nak introduce  satu lagi K-drama yang menuntun jiwa. First of all, aku sebenarnya tak ada rasa pun nak tengok drama walau, ada Park Min Young (PMY). Disebabkan aku tak ada la berkenan sangat dengan Lee Don Gun dan Yeon Woo Jin pulak aku rasa menyampah gila tengok dia dalam Arang and the Magistrate, maka aku memang nak skip je. 

Setahun lepas tu, which is baru-baru ini, selepas hampir setahun cerita ini ditayangkan, aku rasa nak tengok cerita genre sangeuk.  Baca recap and review Dramabeans bagi aku rasa aku patut tengok. DB siap tulis cerita ni PERFECT!!!. 

Cerita ini datang dari idea PD drama Healer  yang menjadi salah satu drama paling best masa ditayangkan, dan kebetulan heroine dia ialah PMY. So,  lepas aku bergaduh dengan diri sendiri nak tengok ke tak, nak tengok ke tak, aku pon decide nak tengok. 

Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak bagitahu sinopsis cerita ni. Sebetulnya, cerita ini berdasarkan sejarah Joseon di Korea yang mana raja waktu tu King JungJong mengambil alih tahta dari abang tiri baginda yang dengki dengan dia dan mempunyai seorang ratu (nama: Chae Gyung later Queen Dangyeong) yang hanya bertahan di dalam istana selama 7 hari sahaja. Nampak tak relatednya tajuk tu. Tapi Queen Dangyeong dia tak mati, cuma keluar dari istana atas desakan pak-pak menteri yang mempunyai niat jahat. Maka, keluar la si Queen Dangyeong tadi dan dikatakan setiap hari King JungJong akan keluar di hadapan istana dan memandang gunung yang mengadap arah rumah Queen Dangyeong tadi. Dan si ratu apabila mendapat tahu hal ini, dia akan meletakkan hangbok berwarna merah yang selalu dipakai di dalam istana di atas batu di puncak gunung untuk menunjukkan yang dia masih menyintai dan sejahtera hidupnya. 

Okay, bagi aku cerita ini digarap dengan sangat cantik dengan isu antara adik-beradik yang sangat relevan untuk dilihat. Perebutan kuasa akibat dari prophecy dan ketidakseimbangan kasih sayang seorang ayah kepada 2 orang anak berlainan ibu menjadi asas kepada cerita ini. Ditambah pulak, kehadiran wanita yang disayangi oleh kedua-dua orang adik beradik ini mengugat hubungan diorang. 

Paling memberi rasa simpati yang mendalam ialah Yeonsangun (abang titri kepada King JungJong) yang kurang mendapat kasih sayang ayah diorang disebabkan ibunya bukan lagi pujaan ayahnya. Ayah baginda meninggalkan wasiat dan mengatakan apabila adik tiri dia Lee Yeok (later King JungJong) mencapai umur yang sesuai, dia mesti memberikan tahta kepada adik dia. Demi membuktikan ayah baginda salah, dia merancang untuk membunuh adik dia yang masih remaja dan menjadi raja Joseon. 



Elemen percintaan yang bagi aku sangat kuat. King JungJong dan Queen Dangyeong yang lovey dovey  sangat mengujakan. Korang rasa diorang neh betul in love  sampai ke akhirnya. Begitu setia nya King JungJong neh kerana apa yang di dalam hati dia hanyalah Queen Dangyeong saja. Korang akan dipertontonkan dengan adegan masa diorang kecik yang sangat kiut miut, macam mana diorang terpisah sekejap dan macam mana Chae Gyung (later Queen Dangyeong) neh boleh recognize instanly bila diorang jumpa balik. Korang akan tengok macam mana Lee Yeok (later King JungJong) sayang gila-gila dekat Chae Gyung. 






So apa jadi akhirnya? Aku boleh cakap worth ending yang bagi aku cukup rencah dan kepuasan sepanjang 20 episod. 



Patut ke tak?? PATUTTTTTT!!! ⭐⭐⭐⭐⭐


XOXO

*Pics credit to owner















Aku seorang cikgu (Part 4)







Salam everyone!!

Kalau korang baca entry niyang ini dan ini, korang dah tahu yang aku telah memilih kerjaya menjadi seorang guru. Dan ya, menjadi guru tidak pernah menjadi salah satu cita-cita idaman.

Entry  yang lepas aku bagitahu yang aku dapat 2 offer kan. So, aku pilih yang mana? Atas beberapa sebab aku pilih sekolah lama aku, N. Sebab utama sekali, aku dapat ajar BM semula. Kedua, aku nak pi bercuti bulan Mac, waktu tarikh cuti sekolah tu, ketiga, aku nk kenal lebih rapat lagi kawan-kawan kat sana and  nak jumpa balik student lama aku.

Aku tak tahu berapa lama aku boleh kerja dekat sekolah ni, tapi harapnya aku boleh la menimba pengalaman lebih lagi. Aku plan  mungkin around 5 tahun macam tu atau kurang. Sebab bagi aku, nak menjadi seorang guru yang baik, kita mesti kena berhijrah dari sekolah ke sekolah. Lebih-lebih lagi, sekolah antarabangsa, sebab diorang ada teknologi of teaching yang berbeza. So,  kita kena belajar untuk expand our abilities and capabilities. Gitewww

So,  next entry, probably more moments of teaching. Guru-guru sekolah yang membaca blog aku ni, boleh lah, berkongsi maklumat dan pengalaman.

Ok, jumpa lagi!

XOXO


 *picture credits to owner












Tau Tak?: 7 Tips Dapat Kerja (Part 3)


Salam everyone!

Dalam entry ini dan ini, aku ada cerita pasal aku dapat kerja jadi cikgu dekat sekolah kan. Sila pi jenguk entry tersebut you alllsss!! 

Lepas aku abis kontrak dengan sekolah N tahun lepas (2017), aku pun mula cari kerja dekat sekolah baru. Aku tak dioffer any tawaran sebab tak ada available vacancy. Semua cikgu yang cuti bersalin dah datang semula. Maka, aku mengundurkan diri. Masa tu aku rasa yang CV aku dah kuat untuk cari kerja sebagai cikgu, ditambah pulak aku dah tau teknik mengajar yang betul.

So, aku apply banyak sekolah dekat JobStreet. Dari bulan Ogos tahun lepas sampai la bulan Feb 2018. Boleh katakan aku mohon je mana-mana kekosongan walau subjek yang aku tak pernah mengajar. Kita tak tau kan rezeki tu Allah yang punya.

Aku tunggu dan tunggu....tapi satu jawapan pon tak dek. Aku dah mula gelabah tek dah. Usia makin meningkat, career tak start-start. Aku pikir balik apa yang aku kurang, apa yang aku kena buat. Sampai la satu hari tu, aku terdetik nak buat solat dhuha. Aku buat 2 rakaat, dan aku baca doa dhuha, diiringi audio UNIC. Masa aku ikut baca tu, aku rasa sebak sangat. Jauhhhhnya aku dari Allah, aku solat kengkadang sengaja lambat-lambatkan, sebab nak main instagram la, tengok tv la, macam-macam. Aku konsisten solat dhuha dari  pertengahan bulan Januari. 

Lepas tu, setiap kali aku habis dhuha, aku sambung baca Al- Waqiah. Aku baca konsisten everydayyyy. Masuk waktu solat aku sedaya upaya, percepatkan nak solat. Aku cuba nak perbaiki hubungan aku dengan Pencipta. Sebab aku LALAI...

Dalam pada tu, aku setiap hari tak pernah  miss  bukak JobStreet. Ada je iklan jawatan kosong aku apply. Aku bukan apply directly thru JobStreet je, aku carik emel HR dia dan hanta cover letter and CV aku. Every single time without missGigih kan. Kengkadang few times aku hantar ke emel HR sekolah

Sampai la satu hari dalam penghujung Jan 2018, aku dapat call dari sekolah swasta C. Aku lambat angkat, jadi aku call balik no tu, HR dia panggil aku IV dan offer aku subject Humanities untuk primary. Masa tu aku tak cakap banyak terus setuju je bebbbb, walaauuuu aku tak tahu apoooo nak ngajar masa mock teaching. So,  diorang hanta emel, bagi tahu tajuk aku nak kena ajar: The Tudors.  Ni sejarah negara mana niii??? Serius aku tak tahu. Dan yang paling mengejutkan, aku memang selalu bukak JobStreet. Dan aku tahu yang sekolah C ni dah reject application, dia tulis not suitable. Lepas HR di call  aku, aku terus check balik JobStreet active applicationDireview  4 kali sebelum diorang call  aku!!

Nampak tak, kalau dah rezeki tak kemana!

Aku search Google pastu aku tanya member aku dari sekolah lama. Dia pon bagi la tips and apa yang aku boleh ceritakan. Dalam otak aku time tu aku mesti excel interview ni, no matter what!! Sampai la ari IV, aku tengok calon lain, semua ada pengalaman mengajar 4-5 tahun subjek yang sekolah tu suruh present. Maka nya, cuak la aku wehhh!! Dahla aku yang pertama sekali kena pi. Memula depa suh aku present  depan budak, last sekali, aku present  depan pengetua, naib pengetua dengan HOD dia. 

Aku rasa confident  weh, aku present secara santai, aku buat-buat tanya dekat interviewer  aku soalan, aku buat lawak sikit. Menjadi la! Habis je, depa ajak sembang la....tanya aku keje apa sekarang, bila boleh masuk, yada yada yada.

Lepas tu aku balik. Masa ni aku fikir, kalau tak dapat pon, aku rasa puas hati sebab memang aku present  yang terbaik setakat ni. 

So, petang tu, dalam pukul 5 macam tu, aku dapat  call  dari sekolah C yang aku dijemput untuk pi  second interview with The CHAIRMAN!!  teng...teng...teng....Wehhhh tak pernah ku sangka cempedak menjadi cempedak goreng makan waktu petang. Hahaha. Aku happily agreed!  Dan kali ni, bukan mock teaching  lagi, tapi lebih kepada formal interview.  Harus la korang tahu, bahawasanya, sesuatu syarikat itu berminat dengan kau kalau kau dijemput untuk temu duga kedua oleh orang atasan macam CEO, COO atau chairman. Ko kena lakukan yang terbaik!

Minggu berikutnya, hari isnin, aku IV dengan chairman dia. Basically, masa interview tu aku dah rasa aku dah dapat sebenarnya, unofficially. Sebab dari cara dia temuduga aku tu macam lebih nak bagitahu dia nak cikgu tu macam mana, keadaan sekolah tu, dia  share  teknologi baru sekolah tu. Something  yang kau tak kan dapat kalau pi untuk mock teaching


So dekat sini aku nak bagitahu TIPS untuk cari kerja dan cuba mengelak menjadi penganggur.

Pertama sekali, awal bulan ari tu aku accident yang bagi aku teruk jugak la..Hampir RM 10k nak betulkan kereta. Dengan kerja tak ada lagi masa tu. Bayangkan. (aku claim insurans la tapi......)

Tapi positif guys. Setiap satu kecelakaan itu pasti ada hikmahnya. 

Kedua, aku banyakkan solat dhuha, baca surah Al-Waqiah dan sebelum setiap kali nak p interview , aku akan solat hajat, mintak permudahkan. Wajib jangan lupa pulakkk...

Ketiga, USAHA. Usaha sebaiknya. Apply banyak kali post yang sama. Carik emel HR company  dan submit beberapa kali

Keempat, mintak tolong keramat hidup hangpa doakan. Doa depa insyaAllah makbul. Aku pernah suruh anak buah aku umur 5 tahun doakan. Aku cakap dia ikut, mana tau doa dia yang Allah makbulkan. Budak kecik kan tak ada dosa. Huhuhu

Kelima, sedekah. Wehhhh SubhanaAllah. POWER OF SEDEKAH. Aku jarang sedekah to be honest . Sebab aku fikir nanti aku tak cukup duit. Tapi aku silap. SEDEKAH tu menjauhi fakir. REZEKI bukan dekat duit je. Kesihatan, makan pakai, kelancaran hari dalam hidup, macam-macam lagi. 

Keenam...NAZAR. Bernazar la. Buat satu perjanjian dengan diri sendiri. Tapi jangan la bernazar benda yang kau tak boleh buat. Nazar dengan someting simple, macam puasa ke, nak sedekah certain amount of money pada fakir ke atau apa-apa je, yang penting mudah untuk kau tunaikan. 

Ketujuh, surah Yaasin. Dikatakan surah Yaasin ni jantung atau hati kepada Al-Quran, aku juga berpendapat begitu. Kalau korang baca, perasan tak ada 7 kali sebutan "mubin" dalam surah ni? "Mubin" ini maksudnya NYATA. Kawan aku pernah cakap kalau ada doa, boleh baca doa selepas, setiap kali sebutan "mubin". Satu lagi ayat 82 kalau tak silap, yang ada "kun fa ya kun" kan. Sebelum sebutan ni, korang doa dalam hati, dan sambung sebut  kun fa yakun. lepas tu habiskan baca surah. Korang jangan start baca dari ayat 82 pulak,  start la dari awal. Pleasekan Allah. Jangan malas...



Okay aku sambung sikit lagi....

Dalam satu minggu tu aku dapat 3 interview. Satu sekolah C, lps tu sekolah T, dan yang akhir sekali sekolah N, sekolah lama aku. Dan aku dapat dua offer : satu dari sekolah C dan satu lagi sekolah N. Yang mana aku pilih?? NEXT ENTRY laaa....

XOXO

Credit picture to owners. 












Tau Tak?: Interview dan Mock Teaching (Part 2)





Salam everyone!

Ok dalam entry ni aku dah cerita pasal macam mana aku jadi cikgu dekat sekolah international, despite aku tak graduate  dari mana-mana sekolah perguruan kan? Jadi, post ni tentang interview and mock teaching.  

Usai aku mohon application  dekat JobStreet aku dapat panggilan temuduga. Dan bila kau nak jadi cikgu dekat sekolah swasta, biasanya diorang akan suruh buat mock teaching atau bahasa senang acah-acah mengajar laaaa....

Ni contoh invitation dari sekolah dan maklumat untuk acah-acah mengajar :)



Okay aku dengan semangat wajanya pon...buat la preparation. Tapi masa tu aku rasa malas nk buat power point, aku nak guna papan putih je. So, aku masuk sekolah terus jumpa HR dan diorang bawak aku pi jumpa Head of Academic. Dia pon tanya la aku, sekarang buat apa? Pernah dengar tak IGCSE? Aku rasa lucky gila sebab aku ade seorang student yang memang sekolah international dan akan ambil IGCSE. So aku memang dah tahu yang soalan BM IGCSE memang kacang gilaaaa nak mateyyy. Serius wehhhh, senang sangat.


TAPI....HOD tu cakap yang walaupun senang, budak sekolah tu still tak boleh catch-up dan diorang tak nak student terbiasa dengan senang. So, diorang naik kan standard dalam kelas macam student sekolah kebangsaan. Ada pros and cons. Takpe...moving forward, aku di bawa ke dalam satu bilik tutorial dan mulakan mock teaching aku. 

Seriously, masa ni memang nervous gilerrr weh...sebab aku kena acah-acah ada student depan aku..padahal ada 2 HOD. Aku rasa kalau ada student gelabah tek jugak aku. Nasib baik tak da. Lepas habis je, diorang suh aku duduk dan tanya la aku soalan. Sebabkan aku banyak publish paper masa aku masters dulu, diorang tanya kenapa nak jadi cikgu. Aku pun cerita la macam yang dalam part 1 tu kan. (Pi bacaaaaa!!) Sorang HOD neh tanya aku tau tak apa itu active learning. Aku cakap tak tahu, tapi ikut logik aku masa tu, macam pembelajaran dua hala la. Budak tak pasif dan sentiasa aktif dalam kelas. Masa ni aku dah rasa down sebab aku tak boleh nak jawab soalan dia. Lastly, diorang tanya aku ada soalan tak? Aku cakap la berapa percent aku boleh dapat keje ni. Desperate sangatttt! hahahahha..Eh! Kesah plak aku! Diorang cakap diorang masih review lagi candidate lain. 

Abis nya, aku pon balik dan text WhatApps family aku, aku cakap tough la ape la. Sebab aku down! Bapak aku pon cakap, KALAU REZEKI TAK KEMANA..Selang seminggu macam tu, aku dapat panggilan aku dapat. Alhamdulilahhhh..

So....

Apa yang perlu korang buat sebelum dan semasa mock teaching?

  1. Study subjek
  2. Buat practise depan cermin dan depan orang yang boleh bagi kritikan membina.
  3. Cakap sorang, konon-konon ko tengah mengajar, aku buat dalam kereta ok!
  4. Kau buat-buat tanya dengan penemuduga tu soalan dan tanya depa faham ke tak? Kalau faham, suh terangkan.
  5. Be positive always! Buat lawak sikit dan jangan nampak gementar. Ko persetankan bisikan ablasa yang bagi ko nervous masa present.
  6. Banyakkan doa dan selawat.
OK! Untuk next entry aku akan ceritakan apa yang ajaibnya lepas aku dah habis contract dengan sekolah ni. Ini tips/nasihat yang applicable untuk semua orang yang masih mencari kerja. So, stay tuned hoccaaayyyyy!!!

XOXO