TraveLogue: Australia Aku Datang (Part 1)

Salam everyone!!

Ok, I just came back from Melbourne and the trip is lit af! Weh pe jadah speaking wehhhh...Hahaha..Ok2 nak bagitahu itinerary dan juga tempat yang aku lawati sepanjang berada di sana. Walau ada tekanan masa mula-mula nak pergi dan nak balik. Nanti aku cerita detail ehhh..

#sape2 nak itinerary dalam bentuk jadual, sila komen di bawah yeeee


*cue music* Let's get a starteddd in herreeeee.... 

Flight aku pukul 9.25 pagi pada hari Sabtu, 17 Mac 2018. So, malam tu aku baru nak packing2 baju sebab aku baru je dapat confirmation ticket  dari ejen yang menguruskan segalanyalah dari tempat tinggal ke penerbangan *sepatutnya 😕* tapi sebab kan dia sangaaaattttt lembab aku dan family dapat tiket tu pagi Jumaat wehhhh...gila tak. 

Lepas dah packing2 tu semua, aku tak boleh nak tido, satu sebab aku rasa excited keduanya, aku plan nak tido dalam flight je nanti. Sebab kitaorang sampai Melbourne malam, so ape je nak buat pon kannnn?

So, esok pagi dalam pukul 5 pagi macam tu, ada transporter ambik dari rumah bawak ke airport. Sampai airport, check in semua, lepak minum kopi dulu and solat. 

Aku terserempak dengan bekas student aku dekat airport, dia nak pi Shanghai. Mak dia siap cakap anak dia memang nak carik aku. Sebab last class  ari tu aku cakap, flight aku pagi, mana tahu terjumpa nanti. Tak zaaangkkaa jumpa. Malu-malu dia.

Lepas dah settle semua, nak masuk dalam kapal dah...dan bermula laaaa pengembaraaan aku di bumi Melbourne. 

Dalam kapal terbang boleh buat ape je beb? Aku mostly berjaga jugak, sempat tengok 2 movies and selebihnya aku tido. Penerbangan dalam 7 jam 50 minit macam tu...


Murder on the Orient Express


-----------------------------------------------------------------------------------------

Sampai je dekat Tullmarine Airport, Melbourne. Kami disambut oleh ejen yang tinggal di sana dan di bawa makan malam di Ummah restaurant. Basically, makanan Thai yang agak sedap jugak. tapi portion dia mak aiiihh besaqqq. Aku tak habis pon, sebab atas kapal terbang sebelum mendarat dah makan ciken pai. gitewww....



Restoran Ummah
Lepas tu pi check in  dekat Hume Villa Motor Inn. Nanti seken part aku tunjuk gambaqq. 

Ok sambung part 2 nanti naaaaa...

toodlesss..


XOXO

*credit pics of the word Melbourne to the respective owner