5 Fakta penting yang perlu anda tahu sebelum berpendakap gigi (braces)

Assalamualaikum orang!

Hope everyone is doing good today! Tanpa mukadimah berjela, (tahan napas......) inilah 5 fakta penting yang perlu anda tahu apabila mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi (hembus napassss..fuhhhh!)


SATU

KOS

Disebabkan aku tinggal di Malaysia, maka tentulah harga kos dalam RM. Kos pemakaian braces sahaja ye, menelan kos sebanyak RM 4000-5000. Jadi dengan kegawatan ekonomi tahun 2015 ini, tentulah kena berfikir banyak kali. Aku tak pasti GST dikenakan atau tidak, sebab, aku pakai sebelum implementation of GST. So, survey dan survey. Namun, biasanya pihak klinik buat installation. Everytime nak pergi servis braces  baru la bayarRM 200 setiap bulan.  Seterusnya, tooth extraction aka cabut gigi. Cabut gigi dekat dentist, masa time aku la kan, RM50 per tooth. Untuk X-tray, aku buat dekat ampang puteri dalam Rm 200. Masa time aku, aku kena bua minor surgery untuk gigi bongsu. Kos dalam RM 2000++. Nak tahu kenapa? Tanya dekat komen :). Again, survey dan survey. Ok, paham? Amek kalkulator  ko kira sekarang!


DUA


MOLDING

Mold
ing atau acuan gigi. Pentingla dentist nak tau struktur gigi ko macam mana. Ha, jangan nanges tengok gamba dekat bawah. Biasanya molding ni, dia letak non-toxic clay yang sejukkk pastu tekap dekat gigi ko. Nanti bila molding dah keras jadi la macam dekat bawah. Buruk naw gigi aku. Oh ye, TAK SAKIT. Rasa getah jeee..NEXT!


Parental advised
My beautiful former tooth structure :)



TIGA

PEMASANGAN BRACKET 


So, ini la detiknya. Ko nganga je mulut, nanti dentist  akan pasangkan bracket pada setiap gigi. Prosedur ini nampak sahaja mudah sahaja namun, tidak menyakitkan. Walaubagaimanapun, haruslah engkau berhati-hati pabila menjalani prosedur ini, kerana untuk memastikan kekukuhan bracket  itu, dentist  akan guna UV light.  Pancaran UV ini tidak boleh engkau lihat secara direct, rosak mata nanti! Biasa ada la specs dia bagi, kalau tak ko pandang siling je la, macam aku dulu..huhuhu..




Muka je nampak ngeri, tapi tak sakit sebenarnya. 
(Credit picture as stated)


EMPAT

PENJAGAAN BULANAN

Bila dah pakai braces  janganlah malas untuk pergi servis gigi every month. Tujuan dia adalah untuk mengetatkan braces. Dentist  akan tukar braces band mengikut warna pilihan anda. Biasa aku dulu pilih warna turqoise dan pink. Elakkan kan la amek kaler kuning ke hijau ke. Nanti orang kata kau tak berus gigi atau brokoli ke sayur terselit celah gigi. Ha!


Nampak tak perubahan dia dari molding ke pakai pendakap ini? 

LIMA

RETAINER


Ok retainer  ni pakai bila ko dah tak habis sesi servis, gigi dan cun, dan one way untuk mendisiplinkan diri kau bagi kekalkan kedudukan gigi sekarang. Bagi aku seriously susah. Sebab kau kena pakai retainer  ini 24 hours for 1 year. Nak makan je kena bukak. So, please jangan jadi macam aku, 3 bulan pakai.....lepas tu terus drawer aku yang pakai. 


PV invisalign namo eh..

Ok, itu la 5 fakta penting yang perlu anda tahu sebelum mengambil keputusan untuk berbraces. Any question pleaseeee drop your comment below. Till then, Toodles






XOXO

All pictures credited to the rightful owner. Peace!





REVIEW: Best ke bercuti di Swiss-Garden Damai Laut??

Assalamualaikum orang!

Tempoh hari aku pergi bercuti-cuti Malaysia di Lumut, Perak. Alkisahnya, mak aku kan dah pencen boleh rujuk post ni jadi bos dia telah memberi voucher percutian sebanyak.....RM2500. Ala, kalau korang ada public bank kan, hotel ni dia link la dengan public bank. So, sesapa yang ada account bank public sila angkat ketiak!! Pandang sinis kat aku la kan engkorang..sebab, outdated sangat aku..wahahhaha...Eh ada aku kisah? why bother3X. Ok sudah.

Jadinya aku bercuti selama 3 hari 2 malam ya. Dan bagi aku  hotel ni kalau untuk release stress ke atau nak lari dari masalah, boleh la ke sini. Sebabnyaaaa tempat ni jauh wehhh. Dia memang ujung bawah peta Perak tu kan..kalau kau dari pantai hotel ni, depan ko Pulau Pangkor. Siyessss (sambil mengetap gigi) dekat.

Jadi marilah kita layankan gambar ye. Banyak menulis, pon menyebabkan pengunjung blog ini bosan jua.


 On the wayyyyy....


 Sampai dah depan reception. Marilah check in hotelllll (sambil sentilkan lidah)

 Lobby ye kawan-kawan..antik angattt..Oh ye! itu bukan family aku

 Lorong Haji Taib...eh! Ini hallway ke bilik!

 Ini ialah balcony bilik yang mengadap swimming pool. Ce teka ce teka bilik kita mana?

 Swimming pool...besar sebenarnya..tapi sneak peak la kita bagi :)

 Masa ni dah nak senja..jadi sunset la gamba nya

 Hari kedua, swimming pool uoolsss...Besaq kan?

 On the way ke pantai. Banyak aktiviti boleh buat, main ATV, archery, duduk saja pon boleh.

 Pantai that way guysss..

 Registration house untuk aktiviti beribadat  ibadahhh, sukan kan satu ibadah

 Sape tuewwww? Depan tu Pulau Pangkor ye

 Ini spa, aku buat facial sajork, rm200 plus GST la..tak pe orang sponsor. Layan. Nak kata best sangat tu tak dela tapi kau boleh tertido time orang gosok muka ko.

 Spa depan


Homaiiiigod! Senarai harga dan perkhidamatan


Dan malam tu kami pergi mencari restoran seafood. Kerana kau dibesarkan di bandar dengan segala benda mahal, pastilah ko ingin mencari restoran seafood Melayu Islam untuk menikmati makanan laut lazat dan ummmm....ok sudah..

 Okay, frankly, ini first time ye, saya makan pulut mangga. Dapppp! Pulut dia kalau cicah santan tu sahaja sedap bak hang!Mangga dia masam-masam manis. Cocok sekali!!





Sorry itu sahaja dapat snap. Padahal ada beberapa jenis lagi makanan laut seperti butter prawn, sup daging- makanan laut ke? Ikan siakap stim lemon. Tapi sedap memasing macam tak nak lepaskan pinggan di hadapan, maka, aku snap mana yang depan aku sajork! Now! mana nak makan sedaq sedaq ni?

 Tadaaaaa....Must. Cari. This. Kedai! Ada fb lagi ko! Eh memang totally worth it. Kau tahu banyak benar makanan yang dimakan dalam portion yang besaq. Kami bayar Rm 285 sajork! Eh betul la! 3 ekor ikan, dengan banyak giler lauk lain untuk 7 orang dewasa yang memiliki pinggang 35 inchi keatas. Eh?

Ouh lupa nak bagitahu, kalau korang pakai voucher ini, hanya kena pilih bilik yang rm600++ sahaja dan breakfast tak masuk hokay. But fret not, breakfast bayar rm 10 je sekepala dan ko menikmati breakfast like a king (buffet style la!)

Ouh lupa nak cerita, sebabkan tempat ni sangat jauh, pihak hotel telah baik hati membuat aktiviti setiap hari untuk merawat kebosanan.. dan ini aktiviti aku pilih, tebar roti canai youu olsss!! Mencabar sangat!! (Mata ke bahu, tangan ke atas, eh?)

Lighting tak cukup. Ok la tueww...

Ok dah habisssss..so rating ak bagi 2.5 bintang sahaja la. Atas beberapa faktor antaranya kebersihan bilik air first time pakai, keberkesanan housekeeping membersihkan bilik, kepamaman selimut bilik aku. Overall pasal hygine la ye. Sebab aku memang agak particular sikit kalau dekat hotel, sebab bilik tu berkongsi dengan ramaaaiii orang yang kita tak tahu latar belakang dan kerbersihan diri. Ok sudah


Bye!


                                XOXO