Epal Cuka @ Apple Cider Vinegar

Assalamualaikum orang!

Hari ni jenuh lah aku pi carik merata epal cuka jenama Braggs ni. Aku pi Caring tak ade, aku pi Coway, tak ade. Eh asal aku carik benda ni?? Ha, mari la aku nak bercerita bahawasanya, epal cuka ini sangat baik untuk badan, terutama sekali pada yang tengah diet macam aku ni. Untuk makluman aku turun berat badan sebanyak 10 kg dalam masa sebulan lebih. Tambahan pula, epal cuka ini makanan sunnah :)

Senang ke diet? OOhhh maiii...susah tak susah jugak, senang pon tak senang jugak, yang penting niat and kesungguhan ko yang padu dan jitu sahaja yang akan bawa ko ke tahap yang diingini. Sebelum aku bercerita pasal epal cuka, suka la aku nak bagitahu yang ak mengamalkan diet rendah carbo ye kakak2, adik2, abang2. Ye! diet atkins! Aku sudah mula diet ni tahun lepas sebenarnya, selama 3 bulan, sebab, lepas 3 bulan tu, puasa, jadi kau paham2 je la godaan bulan puasa ni tak sama macam bulan tak pose. Jadi sepanjang 3 bulan tu aku memang amalkan 100% makanan HALAL atkins TAPI, aku tak bersenam langsung cuma jalan2 dekat lab and buat keje lab sajork. Resultnya, dalam masa 3 bulan tu aku cuma turun 10 kg sahaja.

Berbanding sekarang ni, aku buat senaman, body plank, treadmill bagai, aku turun 10 kg dalam masa sebulan setengah. Jadi, suka aku tekan kan yang, kalau ko nak diet, dan dapat hasil penurunan yang mantap, haruslah kau bersenam dan jaga pemakanan. Baru la hasil dia terbaikkk.

Okay, lepas sebulan aku amalkan diet atkins, aku jupe satu instagram nama eh, Ayuni_chocolate tak silap aku la..korang pi usha sana. Dia berjaya turunkan berat daripada 80kg ++ ke 40kg ++ dalam masa 8 bulan ke setahun macam tu. Die bukan pengamal atkins, dia jaga betul2 makan dan workout, ala2 Kevin Zahri punya stail. So, aku sejenis tidak berpendirian dan godaan kiri kanan kau yang menyesak kan perot, beralih ke diet Kevin Zahri. Aku ambil karbo lebih sikit daripada saranan atkins (20g sehari-INDUCTION).

Harus diingatkan, makan malam sebelum pukul 8 malam, dan tidur secukupnya la. Air aku minum dan sukat guna botol mineral yang 600 ml tu ak minum dalam 5-6 botol sehari. Tengok2 jugak air kencing kau, kalau dah kunen pekat tu, minum la air banyak. kalau jernih, maintain seadanya.

Dan apekah hasilnya, berat aku masih mengalami penurunan walau aku dah start makan carbo lebih dari biasa. Tapi, kalau korang tak workout tak jalan jugak ok. And satu lagi, pastikan kalau korang dari PHASE INDUCTION atkins diet, jangan la kau bantai banyak giler carbo dalam satu hari, macam balas dendan tak kesudahan pulak. Korang ambil la sikit2, dan make sure kalau perot masih kenyang, tak payah la gatal, rasa nak mengunyah sesuatu. Tahan diri jugak.

Kalau kau dah melantak sandwich subway tengah hari, dan selang sejam kau rasa nak makan benda manis, dengar perot kau bunyik tak? kalau tak, tak yah la makan. PAHAM??

Eh! Aku tak bebel pasal epal cuka pon!! Okay, epal cuka ni aku amalkan selepas bangun tido, aku minum 2 sudu epal cuka jenama BRAGGS dengan air sejuk2 suam sikit sebanyak 200ml ke 300 ml dan sebelum tido pon sama. Masa waktu pagi tu, lepas sejam ko minum, ambik la breakfast kau, kang ko rasa sensasi kelaparan pulak.

RASA? Rasa dia mula aku rasa, aku tak nak minum lagi, sebab too acidic! Masam! tapi aku gagahi jua, sebab aku dah nampak kebaikan dia. Aku dapat rasa aku boleh kawal selera dan badan aku rasa ringan.

Cubalah! Baru tahu.

Okay next entri aku bagitahu ape regime workout yang aku salu buat dan aku yakin korang pon boleh lakukan nye ( kibas tudung)



bye!

xoxo








Tau Tak??: Macam mana nak beli Macbook/iMac/iPhone/iPad dari Apple store??

Assalamualaikummmmmm....orang!

Sibuk betul lately, tak sempat nak hapdet post baru. Jadi merujuk pada tajuk di atas tahulah anda yang entri ini tentang pembelian macbook secara online. Oleh kerana diriku begitu berharga, jadi tak perlulah nak ke Mac City, mahupun Machines untuk membeli secara walk in.

Semua orang tahu barangan Apple ni mahal tetapi berkualiti, waima kalau kau nak format pon kena sediakan at least rm 500. (kalau ke Machines la..ok hang pikir dulu nak teruskan baca or tak). Tapi korang tahu tak korang boleh dapatkan dengan harga yang sedikit murah dan dibeli secara customized?

Sebagai pembeli online tegar, boleh dikatakan aku memang lebih suka membeli dalam talian berbanding ke sopim mol. OK! tanpa berlengah lagi, marilah kita, melihat rajah di bawah tentang pembelian barangan Apple secara online.


Sebelum itu, tandakan checklist dibawah:


1. Ada apple Id tak?
2. Ada kad visa debit or credit? (any BANK will do)
3. Sudah tahu jenis yang ingin dibeli?
4. Credit/Debit limit (check dengan Bank)

Mula2 TEKAN SINI



Pastikan korang ada nampak Apple Store for Education, kalau tak nampak perkataan nimaksudnya korang masuk web yang bukan untuk education. Jangan risau kalau korang bukan student, sebab masa penghantaran, dia tak kan suh korang tunjuk ID student. (ok lap peluh..)


Nampak tak permainan dia kat situ, sebab range harga sangat jauh berbeza la, aku suruh korang masuk web link kat atas. Percayalah, korang akan hargai beza RM 371 tu nanti. Select yang harga murah tu, contoh kat sini, aku ambik MacBook Pro. Lepas tu....



Dekat sini korang boleh la customize korang nak MacBook tu sampai nanti ada semua yang korang nak. Jadi tak perlulah ke kedai nak tambah Ram dan sebagainya. Ohh! aksesori pon boleh purchase sekali, macam aku, Mini DisplayPort to VGA Adapter tu paling penting kalau nak buat presentation, jadi aku perlukan nya. Kalau laptop biasa mesti dah ada, tapi Apple ni spesial dia kemainnnnn!





Confirm kan order korang betul tak semuanya pastu....





Dah sudah? Kalau sudah, confirm purchase dengan sign in ID apple korang. Step ni kalau korang buat awal2 masa log in web ni, lebih baik la...aku lupa! Heeeeee


Then,


Get ready nak checkout dengan duit dalam bank. Untuk Visa debit atau kredit, masukkan nombor kad korang diikuti 3 nombor sekuriti belakang kad bank ye. Lepas dah selesai semua, Apple akan hanta PO dekat email korang dan akan notify estimate delivery time. Untuk yang customized, ambil masa dalam 5 hari bekerja. Macam aku, ak beli malam Isnin, dan dapat Sabtu minggu tu jugak. Courier yang bertanggungjawab deliver biasanya, DHL atau UPS.

Paling bestnye, Apple akan notify korang dekat email dan juga handphone. Step pembelian ini boleh digunakan untuk semua barangan Apple. Harga dah masuk GST habaq hang, nasib aku beli sebelum GST. Ok! selamat membeli. Next entry aku akan review MacBook Pro ni dengan laptop Asus lama aku.


ok bye!

xoxo